UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

10 PERKARA YANG PERLU DIPERHALUSI OLEH PENJUAL SEBELUM MENJUAL RUMAH

10 Perkara yang perlu diperhalusi oleh Penjual sebelum menjual rumah. Tips adalah untuk memastikan kelancaran proses jual beli mengikut jangkasama yang ditetapkan.

10 Perkara yang perlu diperhalusi oleh Penjual sebelum menjual rumah :

  1. Semak harga pasaran.
  2. Semak dokumen hartanah.
  3. Semak kos – kos yang berkaitan.
  4. Semak kelayakan pinjaman pembeli.
  5. Lantikan peguam.
  6. Lantikan ejen hartanah.
  7. Jangkamasa jual beli.
  8. Baki pinjaman
  9. Lebihan jualan.
  10. Penjual bukanlah seorang yang bankrap

Semak Harga Pasaran

Harga pasaran perlu disemak dengan penilai hartanah. Pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan penilai hartanah adalah ejen hartanah dan pegawai bank. Harga pasaran sangat penting kerana ia menentukan samada pembeli dapat memperolehi pinjaman berdasarkan harga pasaran semasa. Pihak bank hanya memberikan pinjaman berdasarkan harga pasaran semasa. Cara paling mudah adalah dengan melantik ejen hartanah untuk melaksanakan transaksi jual beli.

Semak Dokumen Hartanah

Dokumen hartanah sangat penting kerana ia menentukan samada transaksi jual beli dapat berjalan dengan lancar. Antara dokumen yang perlu ada adalah :

  1. Geran
  2. Perjanjian jual beli
  3. Cukai tanah
  4. Cukai Pintu
  5. Ic
  6. Maintenance bil
  7. Deed of assignment
  8. Borang 14A

Semak kos – kos yang berkaitan

Antara kos – kos yang terlibat adalah kos peguam seperti perjanjian jual beli, stamp duty, surat cara, CKHT, consent dan redemption loan. Kos lain yang terlibat adalah seperti jurukur, valuation report dan professional fee agensi hartanah. Selain itu penalti bank juga perlu diambil kira sekiranya penjual menjual hartanah dibawah tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank. RPGT juga perlu diambil kira sekiranya menjual hartanah dalam tempoh yang dikenakan RPGT.

Semak kelayakan pinjaman pembeli

Setiap belian hartanah yang melibatkan pinjaman bank perlu melalui tapisan pinjaman oleh pihak bank. Setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza untuk pemberian pinjaman. Ada DSR (Debt Service Ratio) yang ditetapkan oleh pihak bank. Disamping itu CCRIS report juga perlu cantik supaya pinjaman mudah lulus. Ini disebut sebagai Scoring oleh pihak bank. Komitmen bulanan sedia ada akan diambil kira oleh pihak bank dalam penentuan margin pinjaman.

Lantikan Peguam

Setiap penjual berhak melantik peguam dalam transaksi jual beli hartanah. Manakala pihak pembeli pula berhak melantik peguamnya sendiri. Peguam yang dilantik mestilah berpengalaman dalam Conveyancing iaitu menurus jual beli harta tanah. Rekod peguam boleh disemak di Bar Council https://www.malaysianbar.org.my/. Pihak peguam adalah Stakeholder sekiranya ada lebihan tunai jualan selepas perjanjian jual beli.

Lantikan ejen hartanah

Ejen hartanah yang dilantik dapat memudahkan urusan jual beli hartanah. Ini kerana ejen hartanah mempunyai networking yang luas seperti rakan – rakan di agensi lain, penilai, pegawai bank, jurukur, pejabat tanah, majlis daerah dan sebagainya. Ejen hartanah juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas terhadap pasaran hartanah dan permintaan. Ejen hartanah juga mempunyai database pembeli yang ramai. Apa yang perlu dilakukan oleh penjual adalah hanya menyediakan dokumen hartanah dan memberi lantikan kepada ejen hartanah untuk menyelesaikan urusan jual beli.

Jangkamasa Jual Beli

Setiap transaksi jual beli hartanah bergantung kepada status pemilikan hartanah. Hartanah pegangan kekal lebih cepat urusannya. Hartanah berstatus pajakan perlu melalui kebenaran menjual dari pejabat tanah daerah dan negeri. Hartanah berstatus Malay Reserve perlu melalui kebenaran pegawai daerah untuk pindah milik. Hartanah kos rendah perlu melalui kebenaran menjual dari LPHS http://lphs.selangor.gov.my/. Status pemilikan geran samada master atau individu / strata juga menentukan jangkamasa jual beli. Disamping itu, status pemaju juga mempengaruhi tempoh jual beli dan pindah milik.

Baki Pinjaman

Sebelum penjual membuat keputusan untuk melepaskan pegangan hartanah, adalah penting untuk menyemak baki pinjaman. Baki pinjaman mestilah kurang dari harga jualan. Sudah semestikan penjual mengharapkan keuntungan dari jualan hartanah. Selepas ditolak baki pinjaman dan kos – kos yang berkaitan, itulah keuntungan dari jualan hartanah. Baki pinjaman boleh disemak dengan pihak bank dengan mendapatkan penyata baki pinjaman yang terkini.

Lebihan Jualan

Lebihan jualan adalah keuntungan dari jualan. Sebagai contoh :

Harga Jual Rm400,000

Harga Beli Rm200,000

Kos kos terlibat Rm20,000

Lebihan Jualan Rm180,000

Lebihan jualan akan diperolehi oleh penjual dihujung proses jual beli. Selepas baki pinjaman bank penjual dilangsaikan oleh pihak bank pembeli, pihak bank akan melunaskan lebihan jualan melalui pihak peguam.

10 Perkara yang perlu diperhalusi oleh Penjual sebelum menjual rumah. Penjual Bukanlah Seorang Yang Bankrap

Sekiranya penjual didapati jatuh bankrap, dia tidak dibenarkan mendatangani perjanjian jual beli sehingga status bankrapnya itu dipulihkan. Caranya adalah dengan berurusan dengan pihak jabatan insolvensi https://e-insolvensi.mdi.gov.my/ untuk rundingan penyelesaian status kebangkrapan. Jabatan insolvensi akan mengeluarkan surat yang menyatakan status bankrap sudah tiada dan barulah pihak penjual dapat menandatangani perjanjian jual beli.

Kesimpulan

Adalah penting bagi setiap penjual untuk memastikan 10 Perkara yang perlu diperhalusi oleh Penjual sebelum menjual rumah sebelum memutuskan jual beli hartanah. Ianya bukan sekadar menentukan harga jual malahan lebih dari itu. Lantikan ejen hartanah atau peguam adalah jalan terbaik bagi setiap penjual supaya nasihat professional dapat diperolehi dan memudah serta melancarkan urusan jual beli.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/10-perkara-yang-perlu-diperhalusi-oleh-penjual-sebelum-menjual-rumah/

Print