UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

KERJAYA PERUNDING HARTANAH


Perunding Hartanah adalah satu kerjaya profesional di Malaysia. Masih ramai yang tidak tahu sebenarnya bagi memulakan kerjaya ini sangat mudah. Syarat utama anda ingin menjadi perunding hartanah ialah anda mestilah berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mudah kan ? 

Marilah ketahui Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah!


!KELEBIHAN MENJADI PERUNDING HARTANAH!

“Dalam kerjaya perunding hartanah, saya melihat peluang yang unik untuk menggabungkan kecintaan saya terhadap industri hartanah dengan kemahiran saya dalam memberikan nasihat profesional kepada pelanggan.”

“Atas minat saya terhadap interaksi sosial yang luas dan impian untuk membantu individu mencapai tujuan hartanah mereka, saya menganggap kerjaya sebagai perunding hartanah sebagai panggilan untuk menyediakan nilai tambah yang sebenar dalam setiap transaksi.”

“Dalam memilih kerjaya sebagai perunding hartanah, saya memandangnya sebagai peluang untuk mengeksplorasi dinamika pasaran hartanah yang selalu berubah sambil membawa kestabilan dan kepuasan kepada pelanggan.”

1. PENDAPATAN TANPA HAD

Pendapatan sesorang perunding hartanah adalah 100% daripada komisen hartanah yang telah berjaya di jual. Anda boleh menetapkan sendiri pendapatan anda setiap bulan. Mungkin belasan ribu, puluhan ribu dan tidak mustahil boleh mencapai ratusan ribu.

Jika anda ingin pendapatan yang lebih banyak, anda hanya perlu tambahkan jualan hartanah setiap bulan atau fokus hartanah yang jutaan ringgit sahaja. 


2. MASA YANG FLEXIBLE SEBAGAI PERUNDING HARTANAH

Anda mungkin pernah bekerja sebelum ini dan terikat dengan waktu bekerja bermula pukul 8.30 pagi dan pulang pukul 5.30 atau lebih pada itu. Mungkin tidak cukup waktu untuk berehat masa berkualiti bersama keluarga kerana penat bekerja seharian.

Sebagai seorang perunding hartanah, waktu untuk bekerja anda sendiri yang tentukan. Anda mempunyai kebebasan masa waktu bekerja waktu bila dan kawasan mana anda ingin fokus. Matlamat utama anda sebenarnya ialah dapat menjual dapat menjual hartanah klien anda dalam tempoh yang di tetapkan.

Bergantung pada anda sepenuhnya untuk bekerja berapa hari seminggu dan berapa lama untuk anda berehat. Ada perunding hartanah hanya bekerja 3 ke 4 hari sahaja seminggu bergantung pada strategi masing-masing. Hari yang lain boleh bekerja dari rumah atau follow up klien sahaja.


3. MODAL YANG SANGAT MINIMUM DI PERLUKAN

Syarat utama untuk anda untuk menjadi seorang ‘Perunding Hartanah Berdaftar’ ialah perlu menghadiri Kusus ‘Negotiator Certification Course (NCC). Anda perlu mengikuti kursus ini selama 2 hari dan akan merima Sijil oleh Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Harta dan Pegurus Harta (LPPEHP).

Setelah mendapat Sijil NCC tadi, anda perlu mendaftar mana-mana agensi hartanah yang berdaftar bagi mendapat REN TAG sebagai Perunding Hartanah Berdaftar.


4. PELUANG PELABURAN

Anda berpeluang mengetahui pelaburan mana yang lebih berbaloi. Ini kerana makin lama anda berada dalam industri hartanah dan makin banyak hartanah yang anda jual, makin banyak ilmu dan pengalaman yang anda dapat. Seterusnya anda boleh ketahui di mana tempat yang sesuai untuk melabur bagi mengelakkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Ini secara tidak langsung menjadikan anda seorang pelabur hartanah di masa akan datang dan dapat membantu klien-klien anda juga memberi khidmat nasihat yang sewajarnya.


5. RANGKAIAN YANG MELUAS

Secara jujurnya bila anda telah menjadi perunding hartanah, anda akan lebih banyak berhubung dengan  pegawai bank, peguam, penilai, pejabat tanah dan mungkin akan kerap berusan dengan pemaju perumahan.

Makin ramai kenalan kita, makin besar rangkaian kita dan sedikit sebanyak akan membantu urusan jual beli hartanah klien kita bertambah cepat. Seterusnya ia akan memudahkan urusan kita dengan cepat dengan semua pihak yang terlibat.


PELUANG MENJADI PERUNDING HARTANAH BERSAMA LEGACY DI BUKA SEKARANG !!


KAMI AKAN MENDIDIK ANDA HINGGA BERJAYA

  • Peluang menjadi Perunding Hartanah yang berdaftar dengan LPPEHP.
  • Peluang untuk anda untuk mendapat pendapatan sehingga RM10,000 ke atas sebulan.
  • Latihan dan bimbingan akan diberikan sehinggalah anda berjaya
  • Modul terkini yang terbukti berkesan dan CIRLE POSITIF yang saling membantu.
  • Boleh berhubung terus dengan Prinsipal agensi untuk terus belajar.
  • Paling penting, anda AKAN diberikan REN Tag terus untuk berkerja.

Jom sertai kami di Legacy Real Property Sdn Bhd sebagai Perunding Hartanah Berdaftar secara SAH. Mudah-mudahan kita semua akan berjaya dalam industri ini. Aminnn. 

Sekiranya anda berminat untuk menjadikan Perunding Hartanah sebagai profession anda, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah:

HUBUNGI/WHATSAPPS

>>> Klik WhatsApp Saya <<<

SYAZANA JAFFARY
PEA 3771
HEAD OF BRANCH (HOB)
LEGACY REAL PROPERTY SDN BHD
CAWANGAN KUANTAN
WHATSAPP/CALL
010-2293756

====================================================================

Follow saya di media sosial di bawah :
Meletop Properties
Ejen Hartanah Berdaftar Kuantan – Pahang

TikTok : https://www.tiktok.com/@nanajaffary

Facebook : https://www.facebook.com/nanasyznajaffary/