UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

TEMPOH MASA JUAL BELI HARTANAH KEDIAMAN

Tempoh masa jual beli hartanah kediaman yang normal adalah selama tiga bulan bermula selepas perjanjian jual beli ditandatangani oleh kedua – dua pihak penjual dan pembeli.

Sekiranya hartanah tersebut adalah berstatus pajakan samada pajakan mukim ataupun pajakan negeri, Tempoh Masa Jual Beli Hartanah Kediaman 3 bulan bermula dari kelulusan pindah milik yang dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah ataupun negeri.

Hartanah yang berstatus pegangan kekal kebiasaannya tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk diproses. Sekiranya geran individu atau strata telah dikeluarkan maka proses jual beli akan menjadi sangat lancar. Untuk hartanah yang masih geran master, proses pindah milik memerlukan kelulusan daripada pemaju ataupun liquidator sekiranya pemaju telah gulung tikar.

Proses jualan menjadi lancar sekiranya pihak penjual menyediakan dokumen hartanah iaitu :

  1. Geran
  2. Perjanjian jual beli
  3. Cukai tanah
  4. Cukai pintu
  5. Salinan IC
  6. Bil maintenance

Dokumen yang diperlukan dari pihak pembeli pula adalah :

  1. Payslip 3 bulan
  2. Bank statement 3 bulan
  3. EPF statement
  4. EA form
  5. Salinan IC
  6. ASB / Tabung Haji

Selain dari itu, pembeli dikehendaki menyediakan duit tanda jadi / booking kebiasaannya adalah 3% dari harga beli. Booking ini sebenarnya memberikan kesan positive kepada pembeli dimana sekiranya booking tela diberi dan penjual bersetuju untuk menandatangani surat tawaran belian, secara automatik penjual terikat dan tidak boleh membatalkan transaksi sesuka hati.

Setelah ejen hartanah mendapatkan segala dokumen yang diperlukan dari pihak pembeli dan penjual serta surat tawaran belian telah ditandatangani oleh kedua belah pihak, maka proses seterusnya adalah memasukkan permohonan pinjaman. Proses mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan mengambil masa 14 hari bekerja.

Setelah pinjaman lulus, pembeli perlu menandatangani surat tawaran pinjaman dan peguam akan menyediakan drat perjanjian jual beli yang baru. Perjanjian jual beli akan ditandatangani dalam masa 7 hari bekerja. Perjanjian jual beli yang telah ditandatangani oleh kedua – dua belah pihak akan dimatikan stem dan secara automatik mengikat penjual dan pembeli ke atas terma – terma yang terkandung di dalam itu.

Proses seterusnya adalah memohon consent pindah milik di pejabat tanah daerah ataupun negeri. Proses ini mengambil masa selama 1 bulan kebiasaaannya. Selepas consent lulus, permohonan dari pihak lawyer untuk 1st disbursement iaitu menyelesaikan baki hutang bank dimasukkan.

Selepas proses menyelesaikan baki hutang diluluskan, proses 2nd disbursement ke bank akan dimasukkan oleh pihak peguam. Baki harga jualan hartanah akan dimasukkan ke akaun peguam dan penjual perlu menyerahkan kunci rumah sekiranya ingin mengambil cheque baki harga jualan.

Sekiranya proses jual beli menghadapi kelewatan samada dipihak penjual atau pun pembeli, tempoh extension yang dibenarkan adalah selama 30 hari dengan syarat pihak yang terlewat perlu membayar denda ataupun penalti.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/tempoh-masa-jual-beli-hartanah-kediaman/

Print