10 PERKARA YANG PERLU DIPERHALUSI UNTUK MEMBELI RUMAH
10 PERKARA YANG PERLU DIPERHALUSI UNTUK MEMBELI RUMAH
- Kelayakan pinjaman rumah
- Deposit rumah
- Kawasan sasaran rumah
- Jangkamasa sasaran
- Sebab membeli rumah
- Jenis rumah
- Kemudahan
- Jenis pinjaman rumah
- Insuran rumah
- Polisi kerajaan
Kelayakan Pinjaman Rumah
Asas pertama dalam membeli rumah adalah mengetahui dengan jelas kelayakan pinjaman. Tahu dengan tepat berapakah harga rumah yang layak dibeli dan jumlah ansuran bulanan rumah yang perlu dibayar. Dapatkan info ini dari ejen hartanah anda ataupun kenalan pegawai bank. Semak penyata CCRIS di Bank Negara untuk memastikan rekod pinjaman adalah bersih dari sebarang black list oleh mana – mana institusi kewangan.
Deposit Rumah
Asas kedua dalam pembelian rumah adalah simpanan ataupun deposit. Rumah terbahagi kepada 3 segmen iaitu :
1. Undercons
2. Subsale
3. Lelong
Rumah undercons adalah yang paling rendah dari sudut deposit yang perlu dikeluarkan. Ada pemaju yang mengenakan deposit serendah Rm200. Kos peguam dan duti setem juga ditanggung pemaju.
Rumah subsale memerlukan deposit yang secukupnya jika ingin dibeli. Kebiasaannya deposit adalah 10% dari harga belian. Rumah subsale adalah rumah second hand yang dibeli dari atas tangan pemilik rumah.
Rumah Lelong memerlukan deposit yang cukup dan kelayakan pinjaman yang disemak dengan teliti sebelum membeli. Deposit yang diperlukan untuk rumah lelong adalah 10% dari harga belian. Rumah lelong perludibida di dewan lelongan.
Kawasan Sasaran Rumah
Kawasan yang ingin dibeli memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan hartanah. Antara kriteria yang dilihat adalah :
- Jarak ke tempat kerja
- Jaringan lebuhraya dan kemudahan awam
- Kemudahan sekolah
- Kemudahan masjid
- Kejiranan
- Keselamatan
- Bentuk muka bumi
Jangkamasa sasaran
Setiap orang mempunyai jangkamasa sasaran yang berbeza untuk setiap belian. Ada yang membeli sewaktu masih bujang. Jadi saiz rumah dan jumlah bilik tidak menjadi satu perkara yang sangat penting. Pembeli begini akan upgrade dari semasa ke semasa jenis rumah sesuai dengan keperluan. Belian mungkin dalam tempoh 5 tahun sebelum upgrade ke unit yang lebih besar. Ada yang bekeluarga besar dan ramai anak dan mungkin akan tinggal menetap bersama nenek. Ini adalah belian untuk menetap dalam jangkamasa yang lama seperti 10 tahun dan ke atas.
Sebab Membeli Rumah
Ada dua sebab orang membeli rumah. Sebab pertama adalah untuk tinggal menetap. Sebab kedua adalah untuk pelaburan. Untuk tinggal menetap tidak perlu melihat dari sudut pelaburan. Cukup sekadar memenuhi kawasan sasaran seperti yang disebutkan di atas. Belian untuk pelaburan lebih teknikal dari aspek pemilihan. Contohnya : Kadar sewaan semasa, peluang pekerjaan, pendapatan per kapita setempat, jaringan perhubungan pengangkutan awam, harga pasaran dan unit – unit yang ditawarkan di sekitar kawasan belian.
Jenis Hartanah
Hartanah kediaman terbahagi kepada dua iaitu :
- Geran strata
- Geran individu
Geran strata adalah jenis hartanah yang berkongsi kawasan “Common area” seperti kolam renang, guard, pusat rekreasi, gym, barbecue dan taman permainan.
Geran individu adalah jenis hartanah yang tidak berkongsi “Common area” dan tidak disediakan “Common area” seperti yang disebutkan atas. Kelebihannya adalah boleh dibuat penambahbaikan hartanah di dalam parameter laman rumah.
Kemudahan
Kemudahan sangat penting dalam pemilihan hartanah kediaman. Antara kemudahan yang dititik berat oleh pembeli seperti :
- Kedai
- Hypermarket
- Masjid
- Sekolah
- Jaringan lebuhraya
- Pengangkutan awam
- Stesyen minyak
Jenis Pinjaman Rumah
Ada beberapa jenis pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank seperti pinjaman islamik, pinjaman konvensional, flexi loan dan semi flexi loan. Setiap jenis pinjaman menentukan kadar rate pinjaman, kos – kos yang terlibat dan jangkamasa pinjaman. Ada jenis pinjaman yang sesuai untuk jangkamasa panjang. Ada yang sesuai untuk jangkamasa pendek.
Insuran Rumah
Ada 2 jenis insuran yang ditawarkan iaitu MRTA dan MLTA. Insuran diambil untuk melindungi peminjam sekiranya berlaku kematian. Waris tidak perlu membayar ansuran bergantung kepada had pinjaman yang diinsurankan. MRTA adalah kadar bayaran insuran yang berkurangan berkadaran dengan tempoh masa pinjaman. Insuran jenis ini diambil sekiranya peminjam bercadang untuk beli dan pegangan hartanah dalam tempoh yang singkat. MLTA adalah kadar bayaran insuran yang tetap berkadaran dengan tempoh masa pinjaman. Insuran jenis ini diambil sekiranya peminjam bercadang untuk beli dan pegangan hartanah dalam tempoh yang lama.
Polisi Kerajaan
Polisi kerajaan berubah ubah bergantung kepada persekitaran semasa ekonomi. Sekiranya ekonomi dalam keadaan baik, kadar asas rate pinjaman lebih tinggi. Begitu juga dengan polisi lain seperti RPGT rate, pengecualian duti setem, SST dan GST. Sekiranya persekitaran ekonomi agak lemah, pihak kerajaan akan melonggarkan kadar asas rate pinjaman, pemberian pengecualian RPGT, pengecualian duti setem dan sebagainya. Ini adalah peluang yang terbaik untuk pembeli mula membeli rumah.
Kesimpulan
10 Perkara yang perlu diperhalusi sebelum membeli rumah di atas wajar diikuti sebelum pembeli menetapkan keputusan membeli rumah. Rumah adalah satu keperluan tempat tinggal dan ia menentukan samada keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik dan menjadi seperti kata pepatah “Rumahku Syurgaku”. Buatlah keputusan yang terbaik berlandaskan ciri – ciri yang diingini oleh setiap individu tersebut.
Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.
Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:
Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com
Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/10-perkara-yang-perlu-diperhalusi-sebelum-membeli-rumah/