UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

8 SEBAB PENTINGNYA BELI RUMAH DI USIA MUDA

Wanita Ini 'Transform' Rumah Buruk Jadi Homestay Mewah!
Gambar Ihsan Google – Rumah Buruk Bertukar Cantik
  1. ANSURAN BULANAN RENDAH
    Beli rumah di usia muda ansuran bulanan pembiayaan akan lebih rendah & mampu bayar berbanding yang lebih berusia kerana tempoh pembiayaan yang panjang.
  2. PERLINDUNGAN TAKAFUL RENDAH
    Beli rumah di usia muda Untungnya lagi bila kadar takaful untuk perlindungan hartanah juga jauh lebih rendah. Pelindungan ini akan ketara tinggi bila pembiayaan dibuat pada umur 30 tahun ke atas.
  3. HARGA HARTANAH MAKIN MENINGKAT
    Beli rumah di usia muda tidak dapat dijangka berapakah harga rumah dalam tempoh 5, 10 atau 20 tahun akan datang berbanding harga sekarang. Ada hartanah hanya perlu 5 tahun meningkat sekali ganda dari harga jual.

Gila? Tak gila kalau kita dapat beli diusia muda. Harga hartanah makin lama, makin tinggi dan mungkin tidak selari dengan pendapatan. Itu fakta. So jangan tunggu lagi.

  1. PEMBIAYAAN RUMAH MUDAH LULUS
    Beli rumah di usia muda pembiayaan mudah diluluskan kerana di usia muda komitmen untuk meminjam atau membuat pembiayaan masih kurang. Tidak besar seperti bila berusia kerana komitmen untuk anak-anak & keluarga sangat tinggi.

Di sini pentingnya disiplin & mengawal nafsu untuk membuat pinjaman atau hutang jahat yang boleh merosakkan profil kewangan kita. Hutang jahat ialah hutang yang akan mengurangkan pendapatan kita & tidak memberi nilai tambah kepada pendapatan atau aset.

  1. KEMUDAHAN RUMAH PERTAMA
    Beli rumah di usia muda banyak kemudahan skim Rumah Pertama ditawarkan oleh bank-bank dengan margin 100% & ada juga yuran fi guaman ditanggung.
  2. MELUASKAN EMPAYAR PELABURAN
    Beli rumah di usia muda apabila rumah pertama disewakan, lengkap dengan perjanjian sewa, bank akan kira sewaan sebagai pendapatan kita. Walaupun kita mempunyai komitmen di bank, kita masih lagi boleh membeli rumah untuk pelaburan lain kerana DSR kita masih rendah.

Mungkin harga rumah yang dibeli meningkat dan ada peluang untuk remortgage (lihat pada kadar sewa, jangan pula ansuran lagi tinggi dari sewa). Jadikan ia sebagai modal seterusnya. Dan teruskan membeli untuk hartanah yang kedua. Ulang & belilah untuk pelaburan lagi. Nanti, rumah idaman anda ada orang yang bayarkan.

  1. PELUANG TAMBAH PENDAPATAN
    Beli rumah di usia muda semangat cari duit tinggi & banyak masa terluang. Dari disiakan begitu sahaja, baik cari jalan untuk tambah pendapatan. Lupakan pelaburan yang boleh bagi untung yang tidak masuk akal. Selain pelaburan melalui sewaan, teknik flipping sangat popular untuk memperolehi pendapatan yang tinggi dari keuntungannya.
  2. KESELAMATAN KELUARGA TERJAMIN
    Beli rumah di usia muda keselamatan isteri & anak-anak akan lebih terjamin bila miliki rumah sendiri. Bagi si bujang inilah modal terbaik untuk dapat jodoh cepat. Hah.. Bakal mak mertua mana tak suka bila dapat bakal menantu dah miliki rumah untuk anak daranya. Pastinya keselamatan dan tempat berteduh sudah terjamin akan meyakinkan bakal mertua & menjadi modal di majlis meminang nanti.

Yang mana sudah berusia, ingat umur hanyalah angka. Yang pentingnya adalah TINDAKAN kita & masih belum terlambat daripada tidak mencuba..

Yang muda, belilah ikut KEMAMPUAN tetapi bukan ikut KELAYAKAN..

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit :
– Tuan Zz Ezri
– https://ejenhartanahkl.com/beli-rumah-diusia-muda/

Print