UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

BAGAIMANA UNTUK JUAL RUMAH JIKA SUAMI ISTERI BERCERAI

Bagaimana untuk jual rumah jika suami isteri bercerai

Bagaimana untuk jual rumah jika suami isteri bercerai. Seringkali saya terima permintaan dari penjual di mana mereka memohon untuk menjualkan unit selepas bercerai dengan pasangan. Saya menghadapi kerumitan untuk mendapatkan persetujuan pasangan yang seorang lagi untuk mendapatkan pengesahan ataupun borang lantikan ejen jualan.

Di sini saya senaraikan panduan tentang apa yang perlu di lakukan oleh pasangan yang bercerai jika mereka mahu menjual rumah mereka. Bagaimana untuk jual rumah jika suami isteri bercerai.

  1. Dapatkan Perintah Mahkamah Untuk Jualan atau Melupuskan Pegangan.

Mahkamah akan menentukan berapa harga jualan yang dibenarkan untuk hartanah tersebut. Selain itu mahkamah juga akan menetapkan berapa bahagian masing – masing yang akan diperolehi hasil dari jualan berdasarkan kaedah harta sepencarian dan kos – kos yang telah dikeluarkan oleh setiap dari pasangan untuk menjaga harta tersebut. Mahkamah akan mengeluarkan satu writ yang menyatakan perkara tersebut dan writ ini akan digunakan oleh peguam memerintahkan pasangan supaya akur untuk meneruskan proses jual beli sehingga selesai.

2. Mutual Aggreement

Sekiranya pasangan tidak mahu meneruskan dengan perintah mahkamah kerana melibatkan kos yang agak tinggi dan proses yang mengambil masa, mereka boleh meneruskan jualan berdasarkan persefahaman bersama iaitu :

a) Komited

Kedua – dua pasangan tersebut komited untuk meneruskan penjualan hartanah mereka sehingga selesai. Komited di sini bermaksud mereka menandatangani borang lantikan jualan, surat terima tawaran belian, perjanjian jual beli, borang 14A dan dokumen – dokumen lain yang berkaitan. Setiap dari mereka mestilah memberikan kerjasama sehingga proses jual beli selesai.

b) Pembahagian Hasil Jualan

Pembahagian hasil jualan mestilah dipersetujui bersama. Contohnya 50 : 50 ataupun berapa sahaja jumlah yang dipersetujui berdasarkan sumbangan masing – masing untuk menjaga hartanah berkenaan.

c) Lantikan Ejen Hartanah dan Peguam

Kedua dua pasangan mesti bersetuju untuk melantik ejen hartanah dan peguam yang akan mewakili kedua- duanya. Setiap pasangan tidak boleh melantik ejen dan peguam masing – masing kerana ini akan merumitkan proses jualan dan menyusahkan semua pihak yang terlibat dalam urusan termasuklah pembeli, pegawai bank, penilai dan lain – lain.

Secara kesimpulannya, untuk jual rumah jika suami isteri bercerai adalah mudah sekiranya masing – masing bersepakat untuk memastikan urusan jual beli dapat diselesaikan dengan sempurna dengan melantik ejen hartanah dan peguam yang berpengalaman yang akan memastikan proses jual beli dapat berjalan dengan baik dan lancar untuk kebaikan semua pihak.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/bagaimana-untuk-jual-rumah-jika-suami-isteri-bercerai/

Print