UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

BOLEH KE BELI RUMAH KALAU BANKRAP ???

Boleh ke beli Rumah Kalau Bankrap

APA MAKSUD BANKRAP, boleh ke beli rumah kalau bankrap?

Malam ni saya nak kongsikan dengan sahabat semua tentang apakah itu bangkrap dan bagaimana keadaan sesorang yang dikatakan bankrap, boleh ke beli rumah kalau bankrap?

Kebankrapan dalam undang-undang negara ditaksirkan sebagai kes ketidakupayaan untuk menyelesaikan hutang seseorang.

Kes itu boleh berpunca daripada bil-bil kad kredit, pinjaman kereta, pembayaran balik gadai janji harta, pinjaman perniagaan atau dalam mana-mana senario yang melibatkan seseorang itu meminjam wang ada rekod dalam hitam dan putih.

BERAPA JUMLAH HUTANG YANG MENYEBABKAN BANKRAP?

Apabila hutang ini mencapai ambang RM50,000 dan tidak dibayar dalam tempoh enam bulan. Tindakan kebangkrapan akan diambil.

APA YANG BERLAKU JIKA BANKRAP ? Boleh ke beli rumah kalau bankrap ?

Setelah bankrap, Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) mula memain peranan untuk mengambil milik semua dokumen dan aset orang yang diisytihar bankrap tadi.

Aset itu termasuklah akaun bank dan harta.

KPI akan mentadbir dan menyiasat segala urusan yang berkaitan dengan kebankrapan itu.

KPI juga mempunyai hak untuk menjual semua aset dari mana hasil itu akan diagihkan di kalangan pemiutang ( pemberi hutang).

Secara umum, pencairan segala-gala hak milik orang yang bankrap sekarang berada di tangan Ketua Pengarah Insolvensi. Bermaksud memerlukan persetujuannya.

APA KESAN KEPADA ORANG YANG BANKRAP, boleh ke beli rumah kalau bankrap?

Seorang yang bankrap tidak boleh meninggalkan negara ini atau bahasa mudah tak boleh pergi travel luar negara.

Malah tidak boleh membuka akaun bank tanpa kebenaran khas daripada KPI.

Selain itu orang yang bankrap juga tidak dibenarkan bekerja di syarikat-syarikat dalam pasangan/saudara dan harus mengisytiharkan status bankrap kepada mana-mana majikan yang berpotensi.

Bukan itu sahaja, bankrap tidak dibenarkan menjalankan perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pengurusan mana-mana syarikat.

Susah tak rasa-rasanya?

APA YANG BERLAKU KEPADA HARTA ORANG BANKRAP?

Semua aset termasuk harta keperibadian anda akan disita oleh KPI.

Ramai orang fikir boleh menipu sistem dengan memindahkan atau nenjual harta kepada saudara mara sebelum kebankrapan diisytiharkan!

Sebenarnya selepas kebankrapan diisytiharkan, KPI mempunyai kuasa untuk menarik balik sebarang pemindahan yang dibuat dalam lima tahun yang lepas – dua tahun jika anda menjual apa-apa. Seperti rumah atau tanah.

APA TINDAKAN BOLEH DIBUAT JIKA BANKRAP?

Untuk seorang individu dilepaskan daripada status ini tidak mudah.

Perkara utama perlu dibuat adapah menyelesaikan semua hutang sepenuhnya atau mendapatkan pemiutang terlibat untuk menerima skim pembayaran balik.

Selain itu juga boleh memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah pelepasan di mana laporan KPI akan disebut dalam keputusan mahkamah itu.

Jika semua gagal, seseorang itu boleh merayu kepada KPI selepas lima tahun yang mempunyai kuasa budi bicara untuk mengeluarkan suatu perakuan pelepasan.

Namun semestinya KPI akan mengambil kira semua faktor-faktor yang diperlukan dalam proses itu seperti perlakuan orang itu, umurnya dan status kewangan semasa.

KESIMPULAN

Sebelum diisytiharkan bankrap, kita perlu belajar bagaimana uruskan kewangan diri dengan baik. Utamakan keperluan berbanding kehendak.

Malah penting untuk membezakan yang mana ‘Aset’ dan ‘Liabiliti’.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
– Syahidani Ejen Hartanah Perak
– https://ejenhartanahkl.com/boleh-ke-beli-rumah-kalau-bankrap/

Print