Seringkali saya bertemu dengan pemilik yang ingin menjual rumah kepada pasangan. Mungkin mereka sudah lagi tidak tinggal sebumbung. Mungkin juga mereka perlukan cash atau salah seorang sudah habis membayar unit tersebut.
Cara Jual Rumah Kepada Pasangan adalah :
- Pindah milik
Kedua – dua pasangan boleh pindah milik hartanah tersebut di pejabat tanah tanpa kehadiran peguam dengan cara mengisi Borang 14A di pejabat tanah. Syaratnya hartanah tersebut mestilah tiada hutang di bank dan geran original sudah ada di tangan.
2. Mohon pinjaman bank
Salah satu pasangan perlu mengemukakan permohonan pinjaman di bank untuk membeli hartanah tersebut. Dokumen untuk mengemukakan pinjaman perlu disediakan seperti slip gaji, bank statement, EPF statement, EA form, IC copy dan saving. Dokumen hakmilik seperti salinan perjanjian jual beli dan geran perlu dilampirkan sekali. Selain itu, cukai pintu, cukai tanah dan bil penyelenggaraan perlu dilampirkan sekali.
3. Menandatangani perjanjian jual beli (SPA)
Peguam perlu dilantik untuk menguruskan perjanjian jual beli yang baru. Ejen hartanah berdaftar juga boleh menjalankan proses jual beli ini sehingga selesai. Pasangan hanya perlu menyediakan dokumen dan urusan seterusnya diuruskan oleh ejen hartanah berdaftar sehingga selesai.
Senario 1 :
Isteri ingin menjual kepada suami.
Ejen hartanah berdaftar akan bertemu dengan suami untuk bertanyakan method pembelian samada secara tunai atau pinjaman. Jika belian secara tunai, ejen hartanah hanya membuat temu janji di pejabat tanah untuk menandatangani borang 14A bersama – sama pasangan pembeli dan penjual. Proses sangat cepat dan tidak melibatkan jangkamasa yang lama.
Jika pasangan ingin membeli secara pinjaman, proses yang terlibat adalah melibatkan pihak peguam, ejen hartanah berdaftar, pejabat tanah, penilai dan bank. ianya mungkin mengambil masa sehingga 4 – 6 bulan untuk diselesaikan.
Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.
Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:
Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com
Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/cara-jual-rumah-kepada-pasangan/