UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

CARA JUAL RUMAH SEKIRANYA PEMILIK MENINGGAL DUNIA

Imej Pembahagian Melalui Faraid.

Cara Jual Rumah Sekiranya Pemilik Meninggal Dunia. Seringkali saya bertemu dengan pewaris yang ingin menjual hartanah milik datuk dan bapa yang sudah meninggal dunia. Persoalannya, bolehkah mereka meneruskan jualan dan menandatangani apa-apa dokumen yang berkaitan jualan sekiranya harta itu masih lagi di atas nama si mati ?

Cara Jual Rumah Sekiranya Pemilik Meninggal Dunia adalah dengan mendapatkan perintah mahkamah untuk mentadbir dan menjual hartanah tersebut. Untuk hartanah tak alih seperti tanah dan rumah, ianya terbahagi kepada dua iaitu nilai yang kurang dari RM 2 juta dan nilai yang melebihi RM 2 juta.

Untuk nilai harta tak alih yang kurang dari Rm 2 juta, urusan turun milik boleh dilakukan di Pejabat Tanah di bahagian Pusaka Kecil. Kosnya tak berapa tinggi. Boleh semak dengan pejabat tanah daerah atau negeri di mana hertanah itu terletak.

Untuk nilai harta tak alih yang melebihi Rm 2 juta, urusan mentadbir dan menjual hendaklah dilakukan di mahkamah tinggi. Kosnya agak tinggi bersesuaian dengan nilai hartanah tersebut.

Sebelum pewaris bertindak untuk meneruskan perbicaraan tentang turun milik penama di hartanah, sebaik – baiknya lakukan perkara berikut :

  1. Lantik wakil untuk urusan tersebut sekiranya pewaris adalah ramai.
  2. Capai persetujuan tentang pembahagian harta tersebut.

Persetujuan boleh dicapai dengan 3 cara berikut :

a) Faraid

b) Muafakat

c) Menolak hak dan memberikan pada yang lain.

Akhir sekali, selepas urusan pindah milik dan jualan selesai, pewaris hendaklah membelanjakan hasil tersebut untuk perkara berikut sebelum diagih-agihkan kepada semua pewaris :

a) Belanja pengkebumian si mati

b) Membayar hutang si mati

c) Upah bicara, ejen, peguam dan lain – lain.

Sebaik-baiknya, untuk urusan turun milik, bicara di Pusaka kecil dan mahkamah dan jualan adalah menjadi lebih mudah dan lancar jika pewaris melantik peguam dan ejen hartanah untuk menguruskan perkara tersebut sehingga selesai.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/cara-jual-rumah-jika-pemilik-meninggal-dunia/

Print