UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

CARA JUAL RUMAH YANG MASIH ADA BAKI PINJAMAN BANK ATAU LPPSA

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google.

Seringkali saya terima pertanyaan berikut : “Tuan, Bagaimana Cara Jual Rumah Masih Ada Baki Pinjaman?”

Jawapannya mudah sahaja dari konteks seorang ejen hartanah berdaftar. Pertama sekali yang perlu dilakukan adalah :

  1. Semak Baki Pinjaman Bank Atau LPPSA.

Cara Jual Rumah Masih Ada Baki Pinjaman adalah dengan melihat penyata terkini akaun pinjaman anda. Penyata ini boleh didapati di bank atau kaunter LPPSA. Penyata baki pinjaman menyatakan secara tepat baki terkini atau semasa pinjaman bank atau LPPSA anda.

2. Semak Lock In Period / Penalti Yang Dikenakan.

Caranya adalah dengan melihat perjanjian pinjaman bank anda sama ada dinyatakan penalti yang bakal dikenakan sekiranya anda menjual sebelum tempoh matang pinjaman. Contohnya lock in period selama 3 tahun atau 5 tahun. Jika selepas tempoh matang pinjaman, tiada penalti yang dikenakan pada anda.

3. Dapatkan Pembeli.

Proses seterusnya adalah anda perlu mendapatkan pembeli untuk rumah tersebut. Bank pembeli akan membayar kepada bank penjual baki pinjaman yang sedia ada dan seterusnya membayar juga untung jualan kepada penjual.

4. Teruskan Membayar Sehingga Urusan Jualan Selesai

Penjual dikehendaki untuk membayar ansuran pinjaman sehingga pihak mengeluarkan notis pengeluaran pertama (1st disbursement) kepada pihak peguam yang dilantik. Di sini, penjual tidak lagi melakukan pembayaran ansuran bulanan kerana ianya akan berpindah milik kepada pihak pembeli.

5. Elakkan Dari Outstanding Bayaran

Sebaik-baiknya, pihak penjual cuba elakkan dari default outstanding bayaran ansuran bulanan kerana kadar interest yang dikenakan akan berubah secara automatik. Contoh dari 4% kepada 6% jika bermula default. Seterusnya penalti yang dikenakan agak tinggi dan perlu ditolak dari hasil jualan rumah.

6. Elakkan Dari Notis Lelong

Notis lelong adalah jalan terakhir pihak bank untuk mendapatkan hak mereka ke atas baki pinjaman yang tidak dapat dilunaskan oleh pemilik rumah. Saranan saya sebagai ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman selama 5 tahun, anda hendaklah secepat mungkin untuk dapatkan pembeli sebelum hartanah anda dilelong kerana jika dilelong ianya akan melibatkan kos yang tinggi dan segala kos akan ditolak dari hasil jualan.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/cara-jual-rumah-masih-ada-baki-pinjaman/

Print