UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

CARA UNTUK LULUS LOAN RUMAH DENGAN MUDAH

3 Dokumen Penting Yang Membuatkan Ramai Terjerat Dalam Hartanah - Majalah  Labur

Interest rate terbaik yang client saya pernah dapat setakat ini adalah 3.25% untuk bulan ini. Di sini saya ingin kongsikan cara untuk lulus loan rumah dengan mudah.

Cara untuk lulus loan rumah dengan mudah dan untuk mendapatkan rate terbaik bergantung kepada:

1) Cadangan Pegawai Bank.
2) Dokumen Lampiran seperti duit simpanan.
3) Harga rumah ie : Harga berkadaran dengan faedah.

🔹Setiap permohonan pinjaman yang lengkap dari segi dokumen hanya mengambil masa lebih kurang 3 hari bekerja untuk mendapatkan pengesahan lulus secara verbal. Manakala “letter offer” akan keluar dalam tempoh 7 hari bekerja (bergantung pada bank).

🔹Setiap bank menetapkan syarat yang berbeza untuk permohonan pinjaman rumah. Ada bank hanya melihat pada CCRIS. Ada bank melihat pada CCRIS dan CTOS.

🔹Rekod CCRIS perlu cantik jika ingin memohon pinjaman perumahan. Bukan setakat CCRIS, debt service (DSR) ratio perlu cantik juga. Jika anda sudah terbiasa memohon pinjaman kenderaan, belum tentu anda mudah dalam permohonan pinjaman untuk perumahan.

🔹Personal loan profile mesti cantik. Antara dokumen yang perlu ada untuk dapat lulus pinjaman rumah dengan mudah :

1) Payslip 3 – 6 bulan
2) Bank Statement 3 – 6 bulan
3) EPF Statement
4) EA Form
5) E-filing Berbayar
6) Saving Asb, Tabung Haji, FD
7) Surat Pengesahan Jawatan
8) Surat Kenaikan gaji
9) Surat Bonus, Award, Tender / Projek
10) Tenancy Aggrement (3 bulan ke atas-bergantung pada bank)
11) SNP SPA Rumah Yang Dalam Proses Jualan
12) Apa-apa cagaran seperti salinan geran rumah / tanah yang sudah habis dibayar.

🔹Ramai orang ambil mudah bab cukai. Terutama yang berniaga sendiri. Bank memberi keutamaan permohonan kepada pemohon yang membayar cukai (income tax). Walaupun tiada caruman EPF, jika cukai dibayar, kebarangkalian lulus loan itu ada.

🔹Pemilihan pegawai bank yang bagus juga penting. Masuk permohonan melalui pegawai bank yang berpengalaman. Yang ada track rekod approval rate yang bagus. Yang laju servis.

🔹DSR ratio yang bagus untuk permohonan pinjaman adalah di bawah paras 70% dari income bersih.

Contoh :
🔹Jika gaji bersih Rm3000 (selepas tolak semua komitment bank).
Installment bulanan yang layak untuk pinjaman adalah RM2100.
Harga rumah dalam RM410,000.

🔹Bagi peminjam yang mempunyai income “variable”, income dikira purata selama 6 bulan sebelum permohonan. Contoh kerjaya untuk income seperti ini ejen hartanah, ejen insurance, peniaga pasar malam, peniaga enterprise, unit trust, pekerja kilang dengan OT.

Kesimpulannya :
Petua mudah lulus pinjaman adalah bagaimana kita “impress” pihak bank untuk percaya bahawa kita mampu membayar pinjaman yang diberikan.

Selamat mencuba!!

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/cara-untuk-lulus-loan-rumah-dengan-mudah/

Print