UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

CARA UNTUK SEWAKAN RUMAH ANDA

Seringkali saya dihubungi oleh pemilik rumah untuk menyewakan rumah mereka. Berikut saya kongsikan cara untuk sewakan rumah anda secara efektif serta minimumkan risiko untuk mendapat penyewa yang bermasalah.

  1. Sediakan Unit Sebaiknya

Unit di sini bermaksud premis yang ingin disewakan. Unit mestilah di dalam keadaan “move in condition”. Segala defect telah dibaiki seperti plumbing, wiring, lantai, siling dan wall. Unit dalam keadaan bersih dan kemas. Kunci setiap tombol dan pintu berfungsi dengan baik. Suis semua berfungsi. Lampu dan kipas semua berfungsi. Tiada leaking. Tiada litar pintas. Tiada masalah air, letrik dan pembentungan.

Ini adalah perkara basic yang perlu disediakan. Manakala unit furnish lain pula kaedahnya. Barang yang disediakan mestilah dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Tidak semestinya perlu sediakan barang baru kesemuanya.

2. Semak Baki Bil Terkini

Sebelum handover kunci kepada penyewa, anda perlu semak baki bil terkini supaya boleh diasingkan bil semasa penyewa tinggal menyewa. Sebaik – baiknya, settlekan bil tersebut supaya tidak menjadi jumlah terkumpul. Selepas kunci diserahkan kepada penyewa, anda boleh minta penyewa mendaftarkan bil elektrik atas nama mereka. Ini mengurangkan risiko bil tertunggak yang ditinggalkan penyewa.

3. Sediakan Perjanjian Sewaan

Cara untuk sewakan rumah, perjanjian sewaan penting untuk mengikat kedua – dua landlord dan penyewa. Segala terma penting perlu disertakan seperti “default by tenant”, “default by landlord”, “termination” dan sebagainya. Perjanjian sewaan juga memberi kelebihan kepada landlord sekiranya berlaku insiden seperti kebakaran, salahguna unit, jenayah, cukai dan lain – lain. Selain itu perjanjian sewaan sangat penting dalam urusan permohonan loan untuk “set off” komitmen bulan ansuran bulanan unit dengan kadar sewa yang diterima.

4. Kenakan Deposit Sewa Dan Utiliti

Deposit sewa yang paling selamat adalah 2 bulan sewa. Ini penting untuk memastikan supaya penyewa mampu membayar semasa mula menyewa. Disamping itu, deposit dapat menyelamatkan landlord dari menanggung kerugian akibat kerosakan semasa penyerahan kunci semula selepas habis tempoh sewaan. Selain itu, Kebrangkalian untuk kerugian sekiranya penyewa culas membayar sewa bulanan juga dapat dikurangkan dengan deposit yang dipegang oleh landlord.

5. Tapis Bakal Penyewa

Cara menapis bakal penyewa membayar on time adalah lihat rekod kedatangan penyewa semasa view unit, semasa berjumpa untuk tandatangan perjanjian dan borang dan jangkamasa yang diambil untuk meletakkan deposit tanda jadi dan baki deposit. Semasa view unit, sebaik – baiknya lihat pasangan yang datang serta anak – anak. Penyewa yang baik tidak menyelindung apa – apa dari landlord. Tempat kerja dinyatakan. Alamat surat – menyurat disertakan. Berhati – hati dengan penyewa yang ingin masuk menyewa serta merta kerana dikuatiri mereka mempunyai masalah dengan unit sebelum ini.

6. Lantik Ejen Hartanah Berdaftar

Sebaik – baiknya lantik ejen hartanah berdaftar kerana mereka mempunyai kepakaran untuk semua di atas. Jika penyewa bermasalah, mereka akan settlekan sebaiknya. Anda cuma tunggu unit dapat penyewa dan penyea baik in duit sewaan setiap bulan.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/cara-untuk-sewakan-rumah/

Print