UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

JENIS-JENIS KAVEAT

Semalam saya terbaca posting seorang rakan berkenaan Jenis – Jenis Kaveat. Jadi, saya ingin kongsikan sedikit knowledge yang ada berkenaan kaveat di sini untuk panduan bersama.

Ada 4 Jenis – Jenis Kaveat Dalam Hartanah :

1) Private Kaveat.

Boleh didaftarkan di atas geran jika mempunyai “caveatable interest” ke atas sesuatu property. Contoh : Jika sudah sign SNP / SPA, deposit dah bayar, loan dah approve, dah stamping tiba – tiba vendor jual pada orang lain. Buyer pertama boleh masuk kaveat.

2) Registra Kaveat.

Kaveat yang didaftarkan oleh registra untuk membendung kes – kes transaksi melibatkan penipuan. Juga didaftarkan untuk kepentingan kerajaan seperti mengutip cukai tertunggak ke atas individu atau entiti.

3) Lien holder Kaveat.

Kaveat yang didaftarkan oleh pemberi pinjam atau “money lender” sebagai sekuriti untuk pinjaman yang diberikan. Geran asal atau “issue document of title” mesti dipegang oleh money lender semasa mendaftarkan kaveat.

4) Trust Kaveat.

Boleh dimasukkan oleh pendaftar untuk bagi melindungi harta amanah. Contohnya : Pemegang amanah dilantik bagi harta yang ditinggalkan untuk anak-anak yang kehilangan ibu bapa sehinggalah anak-anak tersebut mencapai syarat-syarat untuk memiliki hartanah tersebut.

Kesimpulan : Jenis – Jenis Kaveat yang didaftarkan mempunyai tempoh tertentu berkuatkuasa seperti 6 tahun untuk private kaveat. Ianya boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh individu atau entiti yang memasukkan kaveat dan juga melalui proses mahkamah.

Untuk mendaftarkan kaveat, perlu ada bukti – bukti kukuh yang menyatakan bahawa anda mempunyai kepentingan ke atas sesuatu hartanah yang ingin di kaveat. Kaveat tidak boleh didaftarkan secara sebarangan. Pihak sebaliknya boleh menuntut pampasan di mahkamah sekiranya timbul kerugian ke atas sesuatu transaksi hartanah disebabkan oleh kaveat yang didaftarkan.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/jenis-jenis-kaveat/

Print