UA-167354262-1

Login


Register | Recover Password
 

PENGECUALIAN YANG DIBENARKAN UNTUK RPGT

Ramai pemilik hartanah KEDIAMAN beranggapan jumlah yang dikenakan pengecualian yang dibenarkan untuk RPGT adalah pada keuntungan kasar dari hasil jualan.

Sebenarnya anggapan ini adalah meleset sama sekali 100%. Malah ada yang membiarkan pengiraan dilakukan oleh peguam tanpa mengira kos – kos yang di benarkan untuk pengecualian.

Pengecualian yang dibenarkan untuk RPGT :

🎯 Pelupusan dalam masa atau sebelum tempoh 5 tahun sekali seumur hidup pengecualian RPGT.

🎯 Pelupusan di antara ibubapa dan anak – anak, suami isteri, atuk dan cucu atau sebaliknya.

🎯 Pengecualian Rm10k atau 10% dari keuntungan bersih semasa pengiraan RPGT (mana yang tertinggi).

🎯 Kerugian dari pelupusan hartanah (tiada untung).

.

Manakala kos – kos yang dibenarkan untuk ditolak dari keuntungan jualan adalah :

🎯 Repair dan renovation

– Simpan semua receipt, invoice dan plan untuk lampiran.

🎯 Penambahan premium leasehold

– Contoh : tambah dari 33 tahun ke 99 tahun. Simpan receipt dan invoice untuk lampiran.

🎯 Kos – kos untuk defend title

Contoh : Mengeluarkan kaveat dari title.

🎯 Real estate agency fee

Jangan takut untuk hire agent. Ini perbelanjaan Pengecualian yang dibenarkan untuk RPGT untuk di tolak.

🎯 Surveyor fee.

🎯 Valuer fee.

🎯 Legal fee.

🎯 Accountant fee (jika terlibat).

🎯 Stamp duty.

🎯 Kos pengiklanan untuk mendapatkan pembeli.

.

Transaksi hartanah yang tidak dikenakan RPGT atau tidak tertakluk pada Real Property Tax Act 1976 :

🎯 Pindah milik antara suami isteri

🎯 Pindah milik kepada waris dari si mati.

🎯 Pindah milik dari individu kepada syarikat yang dimiliki.

🎯 Asset digunakan untuk cagaran hutang bank.

🎯 Pengambilan dari kerajaan.

🎯 Pelupusan hartanah untuk kebajikan.

.

Contoh (gambar) di bawah adalah pelupusan yang mengambil kira Pengecualian yang dibenarkan untuk RPGT dan tolakan yang di benarkan.

Harga jualan (-) Harga SNP = Untung Kasar.

Untung kasar Rm100k.
Rpgt rate untuk 2 tahun pertama 30%.
Rpgt yang dikenakan cuma Rm3k plus jer.
(JANGAN AMBIL BULAT – BULAT 30% × untung) ini persepsi yang salah.

.

Harga SNP / SPA tidak semestinya harga sebenar yang dibeli 😆.

.

Kesimpulannya : Jangan takut untuk dispose property kurang dari 5 tahun. Buat kira – kira dulu dan anggarkan cukai yang perlu dibayar.

Jika berbaloi, why not dispose??

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/pengecualian-yang-dibenarkan-untuk-rpgt/

Print