Login


Register | Recover Password
 

PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA SUDAH ADA DSR

Pinjaman Perumahan LPPSA sudah ada DSR (Debt Service Ratio)

Take note yea kepada penjawat awam yang ingin memohon pinjaman perumahan LPPSA.

Sudah ada debt service ratio (DSR) sekarang. Ketua jabatan pun kena pastikan DSR pemohon dipatuhi.

Sebelum ini syarat permohonan tidak berapa straight sangat. Boleh jer memohon. Sekarang permohonan pinjaman perumahan LPPSA dah ikut kelayakan macam bank. Walaupun kelayakan tangga gaji itu ada, namun kelayakan sebenar adalah dikira selepas ditolak potongan di slip gaji.

Jika ada potongan angkasa, rumah, kereta, credit card, zakat dan cukai di slip gaji, maka pendapatan bersih 40% tidak kurang dari gaji kasar pemohon sahaja yang dikira layak untuk memohon pinjaman LPPSA.

Semasa zaman permohonan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), syarat ini belum dilaksanakan. Maka selamatlah ramai pekerja sektor awam yang mengambil peluang untuk membeli rumah menggunakan pinjaman perumahan di Bahagian Pinjaman Perumahan.

Contoh gaji bersih = RM5,000

Contoh komitmen bulanan : Kereta = RM1,000

: Credit card = RM1,000

: Personal loan Bank = RM1,000

Gaji bersih selepas ditolak komitmen bulan bank = RM2,000

Harga rumah yang layak dibeli adalah Rm200,000.

Untuk tips lulus loan dengan mudah, klik link di sini.

Untuk info lanjut mengenai pinjaman LPPSA, klik di sini.

Untuk semak nilai harga semasa rumah anda, klik di sini.

Sekiranya anda berminat untuk menjual hartanah anda, klik di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya di talian berikut:

Syazana Jaffary
Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan Pahang
H/P: 010-2293756
Whatsapp: https://wasap.my/60102293756/ejenhartanah
Email: syzna9292@gmail.com

Kredit:
https://ejenhartanahkl.com/pinjaman-lppsa-sudah-ada-dsr-debt-service-ratio/

Print